assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, 27 June 2011

Topologi Rangkaian


Jenis-Jenis Topologi


1) Topologi Bus



Topologi bus terdiri daripada beberapa komputer yang disambungkan kepada satu kabel utama dengan menggunakan terminator. Kabel yang digunakan adalah kabel sepaksi, (coaxial kabel 50 ohm) dan penyambung RG58. Jarak maksimum kabel adalah 185 meter.

Kebaikan Topologi Bus
  • Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan.
  • Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.
  • Murah.
  • Sesuai untuk rangkaian yang kecil.

Kelemahan Topologi Bus
  • Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
  • Memerlukan terminator untuk kedua-dua hujung kabel tulang belakang .
  • Sukar mengesan kerosakan.
  • Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah.
  • Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data

Peralatan Yang Digunakan

Jenis NIC
Ethernet Card, LocalTalk
Kabel
Coaxial, Twisted Paid, Fiber Optic
Connector
BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector
Terminator
Terminator 50 ohm
Protokol
Ethernet, LocalTalk






 2) Topologi Bintang



Topologi bintang menyambungkan setiap node (komputer dan peralatan lain) ke hub atau switch. Data yang dihantar dalam topologi bintang akan melalui hub atau switch sebelum ke destinasinya. Hub juga berfungsi mengawal dan menyelia penghantaran data dalam rangkaian. Kabel yang digunakan adalah kabel pasangan terpiuh (unshielded twisted pair) atau fiber optic.


Kebaikan Topologi Bintang
  • Mudah untuk menyambungkan kabel rangkaian
  • Mudah mengenalpasti masalah
  • Tiada gangguan pada sistem rangkaian apabila menyambung atau membuang peralatan dalam rangkaian.


Kelemahan Topologi Bintang
  • Memerlukan kabel yang panjang (setiap node satu kabel)
  • Sekiranya hub gagal fungsi keseluruhan rangkaian tidak dapat beroperasi
  • Kos pemasangan yang lebih berbanding topologi bus.




Peralatan yang digunakan

Jenis NIC
Ethernet Card, LocalTalk
Kabel
Twisted Pair, Fiber Optic
Connector
RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protokol
ethernet, LocalTalk

Hub/Switch
10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub/Switch 8 ports ,
Ethernet Hub/Switch 16 ports





3) Topologi Ring



Topologi cincin adalah satu topologi rangkaian komputer di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.

Kebaikan Topologi Ring
 * Rangkaian ini tidak memerlukan komputer pelayan 
 * Rangkaian boleh dibina lebih luas menggunakan gelang token

Kelemahan Topologi Ring

 * Satu komputer tidak berfungsi menyebabkan masalah dalam rangkaian
 * Tidak mudah untuk membaik pulih jika berlaku kerosakan
 * Kad rangkaian jenis MAU mahal dari kad rangkaian jenis ethernet
 * Lebih perlahan dari rangkaian ethernet


Peralatan Yang Digunakan

Jenis NIC
Token-Ring Card
Kabel
Twisted Pair
Connector
RJ-45
Protokol
Token Ring

Alatan Lain
MAU (Multistation Access Unit) untuk menghantar maklumat melalui cincin





No comments:

Post a Comment