Pengenalan
Kabel Rangkaian merupakan perantara di mana maklumat bergerak dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain. Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkait rapat dengan saiz rangkaian, protokol dan topologi. Dalam konteks ini kabel yang akan digunakan ialah Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded Twisted Pair - UTP) dengan Penyambung RJ 45 (RJ 45 Connector ). Proses ini perlu dilakukan dengan amat teliti dan cermat.
Keperluan Peralatan :
Kabel UTP ( sepanjang 2 meter )
Kepala penyambung RJ45
Pemotong wayar
Crimping Tool.
Cable Stripper
Cable Tester
Pengkabelan ( cabling )
Langkah-langkah pengkabelan
Langkah 1
- Ukur kabel rangkaian secukupnya dan potong. Pastikan anda memotong lebih sedikit daripada jumlah panjang sebenarnya yang di perlukan.
Langkah 2
- Potong dan tanggalkan pembalut dengan menggunakan "stripper”.
Langkah 3
- Lepaskan simpulan pada kabel dan luruskan dengan menggunakan jari anda. Potong hujung kabel agar semuanya sama. Pastikan jarak diantara hujung kabel yang dipotong dengan hujung pembalut adalah 1/2 inci. ".
Langkah 4
- Pegangkan "RJ 45 Connector" dengan klipnya menghadap ke bawah dan bukaannya menghadap kepada anda. Masukkan kabel perlahan-lahan kedalam bukaan. Susunan kabel mestilah mengikut peraturan pengkabelan yang ditetapkan.
Langkah 5
- Kepitkan "kabel dengan menggunakan "Climpping Tool".
Langkah 6
- Ulang prosedur 1 hingga 5 untuk memasang sebelah lagi kepala penyambung kabel RJ45.
Langkah 7
- Lakukan ujian dengan alat Cable Tester, untuk mengguji sama ada kabel tersebut boleh digunakan untuk sistem rangkaian.
Panduan Pendawaian
- Sentiasa guna kabel yang dipilih dengan betul. Elakkan kekenduran dan habuk.
- Periksa semua bahagian dalam rangkaian samada yang baru atau lama.
- Tempatkan pada jarak 3 kaki dari punca elektrik.
- Gunakan penebat atau alas untuk elakkan litar pintas pada pendawaian lantai atau dinding yang terdedah.
- Labelkan kedua-dua hujung kabel.
- Gunakan pengikat atau penambat untuk mengekalkan kedudukan kabel. Jangan guna tape.
- Gunakan alatan yang bersesuaian untuk membuat penyelenggaraan.
terima kasih atas informasi!!! Saya share ea
ReplyDeleteinformasinya lengkap ya
ReplyDeleteLol
ReplyDelete