assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday 3 July 2011

CARA- CARA UNTUK MELINDUNGI PC/DEKSTOP

Apa yang hendak dilindungi pada PC

Cara-Cara untuk melindungi PC
Melindungi  sistem daripada diceroboh
-Membuat kata laluan masuk ke windows
-Membuat akaun pengguna lain
-skrin lock
-kebenaran pengguna untuk mengakses  
 (read.write.execute)
-Pasang firewall (filter traffic)
-Install antivirus dan sentiasa update

Melindungi data daripada diceroboh
-Membuat backup yang berterusan
-membuat folder lock
-membuat hidden fail
-membuat encryption data
-membuat scandisk

Melindungi hardware
-Membuat backup untuk power supply
-casing lock
-Jauhkan daripada barang-barang yang boleh meroskkan komputer (makanan dan minuman)
-Sentiasa membersihkan habuk pada pc

Melindungi aplikasi
-Delete cache
-Gunakan Perisian yang original
-Jangan klik remember password
-Install aplikasi pada partition lain
-log out setiap aplikasi yang tidak digunakan

Monday 27 June 2011

Topologi Rangkaian


Jenis-Jenis Topologi


1) Topologi Bus



Topologi bus terdiri daripada beberapa komputer yang disambungkan kepada satu kabel utama dengan menggunakan terminator. Kabel yang digunakan adalah kabel sepaksi, (coaxial kabel 50 ohm) dan penyambung RG58. Jarak maksimum kabel adalah 185 meter.

Kebaikan Topologi Bus
  • Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan.
  • Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas.
  • Murah.
  • Sesuai untuk rangkaian yang kecil.

Kelemahan Topologi Bus
  • Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
  • Memerlukan terminator untuk kedua-dua hujung kabel tulang belakang .
  • Sukar mengesan kerosakan.
  • Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah.
  • Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data

Peralatan Yang Digunakan

Jenis NIC
Ethernet Card, LocalTalk
Kabel
Coaxial, Twisted Paid, Fiber Optic
Connector
BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector
Terminator
Terminator 50 ohm
Protokol
Ethernet, LocalTalk






 2) Topologi Bintang



Topologi bintang menyambungkan setiap node (komputer dan peralatan lain) ke hub atau switch. Data yang dihantar dalam topologi bintang akan melalui hub atau switch sebelum ke destinasinya. Hub juga berfungsi mengawal dan menyelia penghantaran data dalam rangkaian. Kabel yang digunakan adalah kabel pasangan terpiuh (unshielded twisted pair) atau fiber optic.


Kebaikan Topologi Bintang
  • Mudah untuk menyambungkan kabel rangkaian
  • Mudah mengenalpasti masalah
  • Tiada gangguan pada sistem rangkaian apabila menyambung atau membuang peralatan dalam rangkaian.


Kelemahan Topologi Bintang
  • Memerlukan kabel yang panjang (setiap node satu kabel)
  • Sekiranya hub gagal fungsi keseluruhan rangkaian tidak dapat beroperasi
  • Kos pemasangan yang lebih berbanding topologi bus.




Peralatan yang digunakan

Jenis NIC
Ethernet Card, LocalTalk
Kabel
Twisted Pair, Fiber Optic
Connector
RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protokol
ethernet, LocalTalk

Hub/Switch
10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub/Switch 8 ports ,
Ethernet Hub/Switch 16 ports





3) Topologi Ring



Topologi cincin adalah satu topologi rangkaian komputer di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.

Kebaikan Topologi Ring
 * Rangkaian ini tidak memerlukan komputer pelayan 
 * Rangkaian boleh dibina lebih luas menggunakan gelang token

Kelemahan Topologi Ring

 * Satu komputer tidak berfungsi menyebabkan masalah dalam rangkaian
 * Tidak mudah untuk membaik pulih jika berlaku kerosakan
 * Kad rangkaian jenis MAU mahal dari kad rangkaian jenis ethernet
 * Lebih perlahan dari rangkaian ethernet


Peralatan Yang Digunakan

Jenis NIC
Token-Ring Card
Kabel
Twisted Pair
Connector
RJ-45
Protokol
Token Ring

Alatan Lain
MAU (Multistation Access Unit) untuk menghantar maklumat melalui cincin





Wednesday 22 June 2011

Asas Data Komunikasi

Data Komunikasi
  • pertukaran data (dlm bentuk 1s dan 0s) di antara 2 peranti (dari satu titik ke titik lain) melalui media komunikasi data seperti talian telefon.
Data
  • Nombor, huruf atau simbol yang boleh di proses oleh komputer. Fakta mentah sebelum diproses.
  • Dalam komputer, data diwakili oleh digit perduaan (0s dan 1s) ~ binary information units (bits).

KOMPONEN KOMUNIKASI DATA
  • Mesejmaklumat atau data utk berkomunikasi.
  • Pengirimperanti yg menghantar mesej.
  • Penerimaperanti yg menerima mesej.
  • Medialaluan fizikal di mana mesej bergerak dari pengirim ke penerima.
  • Protokol set peraturan yang meliputi komunikasi data. 

CIRI-CIRI PENGHANTARAN DATA
  • Privacy
  • Security
  • Performance
  • Realibility

KEGUNAAN KOMUNIKASI DATA

Email
  • menghantar dan menerima surat secara elektronik.
Persidangan Video
  • Mengadakan mesyuarat atau perbincangan tanpa perlu hadir kesesuatu tempat.
Fax
  • Menghantar atau menerima fax.
Perbankan
  • Melibatkan pemindahan data-data kewangan terutamanya menggunakkan mesin ATM
Internet
  • Melayari internet dan untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya.
Kerajaan elektronik
  • Melibatkan banyak sektor kerajaan contohnya JPN, JPJ dan sebagainya.

PERALATAN RANGKAIAN
 
Hub
 
  • Tempat pertemuan semua kabel rangkaian
  • membolehkan pengagihan rangkaian internet ke semua pc


Router



  • Untuk berkongsi capaian internet
  • Membolehkan perkongsian satu akaun internet dikongsi dengan komputer lain
  • Memeriksa setiap data dan membuat keputusan kemana data tersebut akan dihantar
  • Memastikan alamat dan struktur rangkaian terlebih dahulu



Switch
  •  Mempunyai ciri2 intelligent iaitu boleh menyimpan table MAC address NIC (network interface card) peralatan komputer lain dengan membuat perbandingan sebelum menghantar ke destinasinya yang betul
  • Collision mungkin tidak/kurang berlaku kerana network boleh disegmenkan kerana packet hanya dihantar ke destinasinya dan bukan ke semua port2 lain.

Modem


Modem merupakan gabungan dari perkataan Modulasi (MO) dan juga Demodulasi (DEM). Modulasi merupakan proses penukaran isyarat digital kepada isyarat analog manakala demodulasi merupakan proses penukaran isyarat analog kepada isyarat digital. Dalam kebanyakan sistem, modem disambungkan secara terus kepada terminal dan wayar telefon. Modem terbahagi kepada 2 iaitu:
  • Internal modem
Terkandung di dalam papan litar samada ia dimasukkan dalam komputer atau dipasang di atas 'expansion slot'. Internal modem ini lebih murah jika dibandingkan dengan external modem. Keburukan internal modem adalah ia tidak mudah untuk dialihkan apabila telah dipasang.

  •  External modem
Ia merupakan peranti 'stand alone' yang dihubungkan kepada komputer dan telefon dengan menggunakan kabel. External modem mudah untuk dipasang dari satu komputer ke satu komputer yang lain.


Bridge
  • Kombinasi perkakasan dan perisian yang digunakan untuk penyambungan pada jenis rangkaian yang sama
  • Berfungsi untuk mengesan kesalahan yang berlaku di dalam paket dan di dalam pemformatan alamat. 
  • Sebagai contoh, rangkaian pada syarikat yang sama tetapi dipisahkan secara konsep LAN rangkaian yang menggunakan banyak komputer antara jabatan. Melalui bridge, stesen kerja hanya boleh mencapai maklumat dalam lingkungan rangkaian yang terbabit sahaja


Repeater
  • Satu peranti yang menerima sesuatu isyarat atau signal melalui media penghantaran elektronik atau optikal, memperkuatkan isyarat tersebut dan kemudian menghantarkannya semula melalui laluan seterusnya.
  • Repeater digunakan untuk menghubungkan segmen-segmen rangkaian kawasan setempat (LAN).
  • Repeater juga digunakan untuk memperkuat dan memperluaskan penghantaran rangkaian kawasan wilayah (WAN) melalui media wayar dan tanpa wayar.


JENIS-JENIS RANGKAIN


Komputer Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang disambungkan untuk membolehkan perkongsian sumber, (contoh : pencetak, pengimbas, storan dan sebagainya) pertukaran fail, atau dengan kata lain untuk membolehkan perkongsian secara elektronik.

Jenis-Jenis Rangkaian

Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu :
  • Rangkaian Kawasan Setempat(Local Area Network-LAN)
  • Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN)
  • Rangkaian Kawasan Metropolitan(Metropolitan Network-MAN)

Rangkaian Kawasan Setempat LAN

  • Terhad kepada batasan geografi yang kecil.
  • Contoh LAN-rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan,sekolah, pejabat atau kampus
  • Fungsi asas LAN-
    • Satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer didalam kawasan terhad seperti dalam kampus universiti, didalam sesebuah bangunan dan didalam bilik serta kerap dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer.
    • Jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya.
  • Cara pemasangan
    • Rangkaian LAN dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah sepeti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik,talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio

Rangkaian Kawasan Luas(WAN)

  • Rangkaian WAN menggabungkan dua atau lebih rangkaian LAN dan biasanya melibatkan suatu kawasan geografi yang luas. 
  • WAN menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya contohnya menghubungkan Florida,Amerika Syarikat dengan dunia.
  • Wan berupaya menghubungkan sekolah-sekolah diflorida dengan tempat-tempat lain didunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaj,tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon.
  • Rangkaian WAN amat rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung secara global dan antarabangsa seperti internet.
Rangkaian Kawasan Metropolitan MAN


  • Rangkaian MAN meliputi suatu kawasan geografi yang luas berbanding dengan rangkaian LAN.
  • Rangkaian MAN biasanya beroperasi dibandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah atau di sesebuah daerah.
  • Dengan menggunakan rangkaian MAN,informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
  • Contoh penggunaan MAN-perpustakaan-perpustakaan awam, dan agensi kerajaan.


      Thursday 16 June 2011

      Pemasangan Kabel Rangkaian Kepada Penyambung Rj45

      Pengenalan

      Kabel Rangkaian merupakan perantara di mana maklumat bergerak dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain. Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkait rapat dengan saiz rangkaian, protokol dan topologi. Dalam konteks ini kabel yang akan digunakan ialah Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded Twisted Pair - UTP) dengan Penyambung RJ 45 (RJ 45 Connector ). Proses ini perlu dilakukan dengan amat teliti dan cermat.



      Keperluan Peralatan :

       
      Kabel UTP ( sepanjang 2 meter )



      Kepala penyambung RJ45


      Pemotong wayar


      Crimping Tool.



      Cable Stripper


      Cable Tester


      Pengkabelan ( cabling )

      Langkah-langkah pengkabelan

      Langkah 1
      • Ukur kabel rangkaian secukupnya dan potong. Pastikan anda memotong lebih sedikit daripada jumlah panjang sebenarnya yang di perlukan.
      Langkah 2
      • Potong dan tanggalkan pembalut dengan menggunakan "stripper”.
      Langkah 3
      • Lepaskan simpulan pada kabel dan luruskan dengan menggunakan jari anda. Potong hujung kabel agar semuanya sama. Pastikan jarak diantara hujung kabel yang dipotong dengan hujung pembalut adalah 1/2 inci. ".
      Langkah 4
      • Pegangkan "RJ 45 Connector" dengan klipnya menghadap ke bawah dan bukaannya menghadap kepada anda. Masukkan kabel perlahan-lahan kedalam bukaan. Susunan kabel mestilah mengikut peraturan pengkabelan yang ditetapkan.
      Langkah 5
      • Kepitkan "kabel dengan menggunakan "Climpping Tool".
      Langkah 6
      • Ulang prosedur 1 hingga 5 untuk memasang sebelah lagi kepala penyambung kabel RJ45.
      Langkah 7
      • Lakukan ujian dengan alat Cable Tester, untuk mengguji sama ada kabel tersebut boleh digunakan untuk sistem rangkaian.

      Panduan Pendawaian
      1. Sentiasa guna kabel yang dipilih dengan betul. Elakkan kekenduran dan habuk.
      2. Periksa semua bahagian dalam rangkaian samada yang baru atau lama.
      3. Tempatkan pada jarak 3 kaki dari punca elektrik.
      4. Gunakan penebat atau alas untuk elakkan litar pintas pada pendawaian lantai atau dinding yang terdedah.
      5. Labelkan kedua-dua hujung kabel.
      6. Gunakan pengikat atau penambat untuk mengekalkan kedudukan kabel. Jangan guna tape.
      7. Gunakan alatan yang bersesuaian untuk membuat penyelenggaraan.