Data Komunikasi
- pertukaran data (dlm bentuk 1s dan 0s) di antara 2 peranti (dari satu titik ke titik lain) melalui media komunikasi data seperti talian telefon.
Data
- Nombor, huruf atau simbol yang boleh di proses oleh komputer. Fakta mentah sebelum diproses.
- Dalam komputer, data diwakili oleh digit perduaan (0s dan 1s) ~ binary information units (bits).
KOMPONEN KOMUNIKASI DATA
- Mesej – maklumat atau data utk berkomunikasi.
- Pengirim – peranti yg menghantar mesej.
- Penerima – peranti yg menerima mesej.
- Media – laluan fizikal di mana mesej bergerak dari pengirim ke penerima.
- Protokol – set peraturan yang meliputi komunikasi data.
CIRI-CIRI PENGHANTARAN DATA
- Privacy
- Security
- Performance
- Realibility
KEGUNAAN KOMUNIKASI DATA
Email
- menghantar dan menerima surat secara elektronik.
Persidangan Video
- Mengadakan mesyuarat atau perbincangan tanpa perlu hadir kesesuatu tempat.
Fax
- Menghantar atau menerima fax.
Perbankan
- Melibatkan pemindahan data-data kewangan terutamanya menggunakkan mesin ATM
Internet
- Melayari internet dan untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya.
Kerajaan elektronik
- Melibatkan banyak sektor kerajaan contohnya JPN, JPJ dan sebagainya.
PERALATAN RANGKAIAN
Hub
- Tempat pertemuan semua kabel rangkaian
- membolehkan pengagihan rangkaian internet ke semua pc
Router
- Untuk berkongsi capaian internet
- Membolehkan perkongsian satu akaun internet dikongsi dengan komputer lain
- Memeriksa setiap data dan membuat keputusan kemana data tersebut akan dihantar
- Memastikan alamat dan struktur rangkaian terlebih dahulu
Switch
- Mempunyai ciri2 intelligent iaitu boleh menyimpan table MAC address NIC (network interface card) peralatan komputer lain dengan membuat perbandingan sebelum menghantar ke destinasinya yang betul
- Collision mungkin tidak/kurang berlaku kerana network boleh disegmenkan kerana packet hanya dihantar ke destinasinya dan bukan ke semua port2 lain.
Modem
Modem merupakan gabungan dari perkataan Modulasi (MO) dan juga Demodulasi (DEM). Modulasi merupakan proses penukaran isyarat digital kepada isyarat analog manakala demodulasi merupakan proses penukaran isyarat analog kepada isyarat digital. Dalam kebanyakan sistem, modem disambungkan secara terus kepada terminal dan wayar telefon. Modem terbahagi kepada 2 iaitu:
Terkandung di dalam papan litar samada ia dimasukkan dalam komputer atau dipasang di atas 'expansion slot'. Internal modem ini lebih murah jika dibandingkan dengan external modem. Keburukan internal modem adalah ia tidak mudah untuk dialihkan apabila telah dipasang.
Ia merupakan peranti 'stand alone' yang dihubungkan kepada komputer dan telefon dengan menggunakan kabel. External modem mudah untuk dipasang dari satu komputer ke satu komputer yang lain.
Bridge
- Kombinasi perkakasan dan perisian yang digunakan untuk penyambungan pada jenis rangkaian yang sama
- Berfungsi untuk mengesan kesalahan yang berlaku di dalam paket dan di dalam pemformatan alamat.
- Sebagai contoh, rangkaian pada syarikat yang sama tetapi dipisahkan secara konsep LAN rangkaian yang menggunakan banyak komputer antara jabatan. Melalui bridge, stesen kerja hanya boleh mencapai maklumat dalam lingkungan rangkaian yang terbabit sahaja
Repeater
- Satu peranti yang menerima sesuatu isyarat atau signal melalui media penghantaran elektronik atau optikal, memperkuatkan isyarat tersebut dan kemudian menghantarkannya semula melalui laluan seterusnya.
- Repeater digunakan untuk menghubungkan segmen-segmen rangkaian kawasan setempat (LAN).
- Repeater juga digunakan untuk memperkuat dan memperluaskan penghantaran rangkaian kawasan wilayah (WAN) melalui media wayar dan tanpa wayar.
JENIS-JENIS RANGKAIN
Komputer Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang disambungkan untuk membolehkan perkongsian sumber, (contoh : pencetak, pengimbas, storan dan sebagainya) pertukaran fail, atau dengan kata lain untuk membolehkan perkongsian secara elektronik.
Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu :
- Rangkaian Kawasan Setempat(Local Area Network-LAN)
- Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN)
- Rangkaian Kawasan Metropolitan(Metropolitan Network-MAN)
Rangkaian Kawasan Setempat LAN
- Terhad kepada batasan geografi yang kecil.
- Contoh LAN-rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan,sekolah, pejabat atau kampus
- Fungsi asas LAN-
- Satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer didalam kawasan terhad seperti dalam kampus universiti, didalam sesebuah bangunan dan didalam bilik serta kerap dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer.
- Jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya.
- Cara pemasangan
- Rangkaian LAN dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah sepeti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik,talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio
Rangkaian Kawasan Luas(WAN)
- Rangkaian WAN menggabungkan dua atau lebih rangkaian LAN dan biasanya melibatkan suatu kawasan geografi yang luas.
- WAN menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya contohnya menghubungkan Florida,Amerika Syarikat dengan dunia.
- Wan berupaya menghubungkan sekolah-sekolah diflorida dengan tempat-tempat lain didunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaj,tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon.
- Rangkaian WAN amat rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung secara global dan antarabangsa seperti internet.
Rangkaian Kawasan Metropolitan MAN
- Rangkaian MAN meliputi suatu kawasan geografi yang luas berbanding dengan rangkaian LAN.
- Rangkaian MAN biasanya beroperasi dibandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah atau di sesebuah daerah.
- Dengan menggunakan rangkaian MAN,informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
- Contoh penggunaan MAN-perpustakaan-perpustakaan awam, dan agensi kerajaan.